Tuesday, Sep 07th

Last update:05:23:40 PM GMT

You are here:
JavaScript Source Code 2002: Messages: Quote of the Day

 

KARNIVAL MALAYSIA INOVATIF 2010 ZON TIMUR

E-mail Print PDF

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Pahang serta Kelantan dan Rakan Inovatif menganjurkan Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Timur pada 30 hingga 31 Julai 2010 bertempat di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu.

Sekolah-sekolah di seluruh Pahang digalakkan menghantar pelajar untuk menyertai terutamanya acara Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia yang akan diadakan pada hari Sabtu 31 Julai 2010 (pendaftaran pada hari Jumaat 30 Julai 2010, 8.00 am-8.00pm).

MASA PROGRAM LOKASI / KUMPULAN
SASAR / DESKRIPSI
RINGKAS AKTIVITI

 

7.00 pagi - 9.30 pagi

 

 

10.00 pagi - 11.00 pagi

 


11.30 pagi - 12.30 tgh

 


2.00 ptg - 3.00 ptg

 


3.00 ptg

Program Cabaran Angkasawan
1Malaysia Fasa I:-


i. Senamrobik diikuti
larian 3.5 km


ii. Ujian Pengetahuan Sains &
Angkasa Lepas


iii. Komunikasi & Kerja
Berkumpulan


iv. Temuduga


v. Penyampaian hadiah kepada
5 finalis

Perkarangan TTC

Fasa I - dijalankan di setiap
Karnival MI2010.


Fasa II - program realiti
sebanyak 13 episod- setiap
peserta akan diuji melalui
proses yang sama seperti pemilihan calon
angkasawan. 4 peserta
terbaik daripada Fasa II
akan dipilih ke Fasa III.


Fasa III - peserta
didedahkan dengan latihan
angkasawan, pengalaman
mikrograviti melalui
penerbangan parabola.
Pemenang akan dipilih
berdasarkan panel
pemilihan.

 

Dapatkan jadual program serta maklumat lanjut di web.
Antara yang menariknya adalah enam Bengkel Inovatif bermula pada petang Jumaat dengan tajuk:

 

Bengkel Inovatif 1:“Bengkel Inovasi dan Harta Intelek
Oleh: Encik Mohd. Zaidi Azizob, MOSTI

Bengkel Inovatif 2:“Bengkel Mega kearah Rakan Inovasi
Oleh: Zull Design - Utusan Malaysia

Bengkel Inovatif 3:“Memperkasa Wanita Melalui Keusahawanan
Oleh: Puan Asfalaila Abu Bakar, MDeC

 

Bengkel Inovatif 4:“Bengkel SeDiA ‘Selamatkan Diri Anda
Oleh: Jabatan Pembangunan Wanita

Bengkel Inovatif 5:“Mencanting batik - logo Malaysia Inovatif 2010 dan Pertandingan Mencanting"
Oleh: Noor Arfa Craft Centre

Bengkel Inovatif 6:“Mencanting batik – gambar hidupan laut dan Pertandingan Mencanting
Oleh: Noor Arfa Craft Centre

Ceramah Interaktif 1:Generasi Kreatif” Oleh : Prof. Madya Dr. Amran Rasli,UTM Skudai

Ceramah Interaktif 2:“Berinovasi dan Kitar Semula” Oleh : Encik Shanmugaraj- Nature Education, Malaysian Nature Society

Ceramah Interaktif 3: “Memupuk Kanak-Kanak Menjadi Kreatif” Oleh: Prof. Madya Dr. Amran Rasli, UTM Skudai

Karnival ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran yang kreatif dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat negeri
Terengganu, Pahang dan Kelantan ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat dengan matlamat melahirkan satu Innovative Nation. Kumpulan sasaran meliputi semua lapisan masyarakat iaitu golongan OKU, wanita, belia, pelajar sekolah, komuniti, penduduk bandar dan luar bandar, penyelidik, badan bukan Kerajaan dan swasta.

Selaras dengan tema “Meraikan Kreativiti”, pelbagai program inovasi telah disusun untuk semua lapisan masyarakat seperti pertandingan inovasi peringkat zon
Timur, pameran produk inovasi, ceramah interaktif, bengkel inovatif dan Malam Kreativiti Muzikal. Sebanyak 3 siri ceramah interaktif dan 6 bengkel inovatif diadakan bagi tujuan membuka minda kreativiti peserta dan melahirkan satu masyarakat yang berbudaya kreatif dan inovatif tanpa mengira umur dan gender.

Add comment

Semoga pengunjung dapat memberikan komen yang bernas dan sesuai dengan sifat laman web ini yang berunsur pendidikan dan dunia ilmiah.


Security code
Refresh