Tuesday, Sep 07th

Last update:05:23:40 PM GMT

You are here:
JavaScript Source Code 2002: Messages: Quote of the Day

 

Pengurusan Berprestasi Tinggi

E-mail Print PDF

Pengurusan Berprestasi Tinggi
Satu Dimensi Baru Pengurusan Sekolah

oleh: Haji Jalani bin Haji Ludin (Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNP)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berazam untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ke arah menjulang nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia bagi menghadapi kepesatan kemajuan dunia dalam era globalisasi. Dalam memastikan wawasan 2020 negara tercapai, maka sekolah mesti melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi untuk mampu menjadi pemain global. Pembentukan modal insan yang berkualiti telah dirancang dalam RMK 9 dan akan diteruskan dalam RMK 10.

Kementerian Pelajaran Malaysia juga diamanahkan satu Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) iaitu meluaskan akses pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan dalam rangka untuk memastikan setiap kanak-kanak berjaya dengan menghasilkan keputusan pantas dan berimpak.

Taburan sekolah rendah Pahang mengikut Band 2010:

Band 1 - 12 buah sekolah
Band 2 - 175 buah sekolah
Band 3 - 242 buah sekolah
Band 4 - 70 buah sekolah
Band 5 - 12 buah sekolah
Band 6 - 9 buah sekolah
Band 7 - 6 buah sekolah

Sub-NKRAs MKPI
1. Prasekolah Peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5+ tahun ke prasekolah-aliran Perdana 2012
2. Literasi dan Numerasi Menguasai literasi dan numerasi Tahun 4 (2012)
3. Sekolah Berprestasi Tinggi Membangun 100 SBP termasuk trust school akhir 2012
4. Tawaran Baru

Pengetua/Guru Besar mampu melonjakkan kedudukan sekolah dalam ranking skor komposit
SK 2500 (84%) SMK 300(92%)
RM 7,500, RM 1,800, RM 900

5. Aliran Vokasional dan Kemahiran Peningkatan penyertaan sebanyak 100% aliran vokasional dan kemahiran
6. Bekalan elektrik 24 jam Semua sekolah mempunyai bekalan elektrik akhir tahun 2011

Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP)

Program SIP merupakan usaha yang komprehensif dan bermatlamat tinggi untuk memotivasi, membantu dan mencabar sekolah untuk meningkatkan prestasi murid di sekolah masing-masing. Program ini terdiri daripada tiga bahagian yang akan membantu sekolah meningkatkan prestasi sedia ada, iaitu penyenaraian prestasi sekolah, School Improvement Toolkit dan rangkaian servis untuk membantu sekolah yang berprestasi rendah.

Program ini dilancarkan sebagai usaha KPM bagi memastikan matlamat Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) Pendidikan dicapai selaras dengan komitmen dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP). Program ini juga sebagai tindakan komplemen untuk memastikan  inisiatif yang dirancang di bawah sub NKRA Pendidikan iaitu Prasekolah, LINUS, SBP serta Tawaran Baru untuk pengetua/guru besar mampu melonjakkan prestasi murid.

Sebagai contoh, SBP yang telah diumumkan merupakan inisiatif KPM untuk melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah ke tahap paling cemerlang. Manakala program ini pula adalah untuk membantu sekolah-sekolah yang mundur atau berprestasi rendah ke tahap yang lebih tinggi dan seterusnya merapatkan jurang pendidikan  antara sekolah.

Program ini sebagai aspirasi kepada semua sekolah khususnya sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan untuk berjaya dan boleh meningkatkan kecemerlangan. Kegagalan akademik adalah kumulatif, maka program ini akan menyediakan peluang terbaik dan saksama kepada semua murid untuk berjaya tidak kira latar belakang, bangsa dan agama seseorang.

Dimensi Baru Pemantauan Sekolah Berasaskan SIP

Pengisian maklumat SIP oleh sekolah rendah dan sekolah menengah telah selesai pada 30 jun 2010. SIP mengandungi maklumat asas yang memberi gambaran kepada tahap dan kedudukan sekolah. Oleh kerana SIP merupakan perkakas kepada pencapaian NKRA, Sektor Pengurusan Akademik harus meneroka dan menggunakan SIP dalam membantu sekolah ke arah kecemerlangan. Walaupun kesahan data boleh dipertikaikan (10%), kita mengambil pendirian SIP adalah perkakas KPM dan boleh dimanfaatkan di peringkat negeri.

Elemen Baru Dalam Pengurusan Sekolah (suatu catatan untuk difikirkan bersama)

Kandungan dalam SIP yang perlu dimanfaatkan:

Ranking - Gred Purata sekolah - SKPM dan Annex
Perancangan Strategik - Tiga program
Prestasi Guru - Pencerapan Guru - Elemen 9

Maklumat guru (no IC, pengalaman mengajar, pengalaman sekolah semasa, kelulusan akademik tertinggi dan opsyen, hadir kursus, cuti dan tidak hadir (%), pencapaian murid yang diajar mengikut kelas

Penilaian pengetua dan guru besar terhadap guru, peningkatan kemahiran, mengoptimum pengupayaan, mentor dan sokongan, latihan kepimpinan, sokongan dan kemudahan dalam pengurusan, murid dan ibu bapa, infrastruktur

Pencapaian akhir tahun, GPS (semua mata pelajaran 2005-2009)

Keperluan kursus guru


Kesimpulan


Satu perubahan pemikiran dan persediaan terhadap dimensi baru dalam pengurusan sekolah harus diambil. Semua pegawai sektor mesti responsif dengan kadar segera. Beberapa tindakan harus diambil pengubahsuaian dan memastikan NKRA JPNP tercapai.

Add comment

Semoga pengunjung dapat memberikan komen yang bernas dan sesuai dengan sifat laman web ini yang berunsur pendidikan dan dunia ilmiah.


Security code
Refresh